Cantik tak orkid ni? Saya rasa ianya cantekkk sangat... :)
.... tapi kan, ianya jarang pulak nak berbunga. Jadi bila tiba2 nampak ada keluar putik bunga dari pokoknya, maka riang sepanjang hari lah tuan dia...heheh.. Bunga dia taklah sebesar mana. Takdelah seperti saiz kebanyakan cattleya yang besar2 tu, rasanya ia macam nak sama saiz dengan orkid butterfly je.
Namun yang jelas orkid ini begitu unik penampilannya....agak laa... :)
Nampak lembut, manis dan ayu gitu. Warnanya pun pekat semulajadi, tak hairan ramai yang jatuh hati... :)
Tu antara sebab mengapa saya rasa ianya agak istimewa sikit berbanding orkid lain. Bila sesekali keluar bunga tu, hati ini pun ikut berbunga2... tambah2 bila tengok betapa anggunnya dia tiapkali saya jengah dari pintu dapur.... :)
28.1.09
Orkid di pintu dapur
Posted by fzi at 1:42 PM 11 comments
Labels: mini cattleya
27.1.09
Orkid vanda bersaiz besar
Orkid ini tergolong dari jenis vanda. Warnanya menarik dengan saiz bunganya pula lebih besar berbanding jenis vanda yang biasa. Cuttingnya dulu di beli di Pameran Orkid di Shah Alam. Sama seperti lain-lain vanda ia 'easy-to-grow' dan serasi dengan panas teriknya matahari. Tidak memerlukan sebarang naungan dan bersedia menerima apa jua jenis baja. Saya katakan begitu sebab ada di antara orkid2 saya yang adakalanya tergugat tumbesarannya samada menjadi kering secara drastik atau terbantut pengeluaran akar barunya bila tersilap ditaruk baja. Contoh orkid butterfly yang masih tidak begitu matang amat sensitif kalau diletakkan baja organik tahi kambing sebagai penggalak kesuburan. Oleh itu saya kena hati-hati semasa lakukan pembajaan di mana tidak boleh main 'pukul rata' je membaja orkid dengan baja yang sama pada semua pasu orkid.
Posted by fzi at 9:53 AM 0 comments
Labels: vanda
24.1.09
Kemeriahan orkid butterfly
Pagi tadi selepas siapkan breakfast berupa bihun goreng satu kuali, saya terus keluar dari pintu dapur menuju ke laluan rumah orkid. Hati teruja nak jengok orkid yang masih setia mewarnai laman. Orkid-orkid butterfly ini keep blooming silih berganti. Hampir tidak pernah ada waktunya rumah orkid kosong tanpa kemeriahan orkid butterfly. Agaknya sebab kebanyakan pokoknya dah matured maka tak berenti lah ia mengeluarkan putik bunga baru
...syukurlah..
Posted by fzi at 2:36 PM 0 comments
Labels: phalaenopsis
22.1.09
Orkid yang nampak suci
Hehe... bunyi tajuknya lawak la sikit. Yang benornya orkid ni kitaorang gelar orkid liar je. Orkid ini banyak tumbuh di batang pokok kelapa dan dahan pokok besar kat tepi2 jalan. Nak jadi cerita asalnya pokok orkid ni kitaorang dapat kat tengah2 bandar Tg Malim. Mungkin ada yang rasa pelik, tapi itu lah realitinya.
Satu petang tu lepas singgah minum kat Dataran Selera di sana, masa nak masuk kereta tiba-tiba nampak satu rumpun orkid liar kat tepi bonet. "Alamak! rezeki jatuh dari langit!", kata suami saya... hehehe. Rupa2nya rumpunan orkid itu jatuh dari pokok besar tempat kami parkir kereta di bawahnya. So, apa lagi angkut balik la...hehehe
Walaupun ianya hanya orkid liar yang tumbuh merata-rata, namun seronoknya sekali ia berbunga satu laman berbau wangi. Baunya amat kuat menusuk kalbu. Warnanya pula putih bersih yang nampak suci gitu....
Posted by fzi at 11:32 AM 6 comments
Labels: orkid kampong
20.1.09
Orkid butterfly putih yang berbeza wajah.
Semasa membeli baby butterfly dulu, ada di antaranya terbeli pokok yang warna bunganya seakan-akan sama. Biasalah bila duk pilih2 tu, terambil pasu dalam kumpulan yang sama walaupun ada tanda nombor orkid yang bertulis dakwat hitam di pasu. Tapi bila dah keluar bunga, boleh nampak yang bentuk dan warna kebanyakannya tidak sama 100%. Semua ada kelebihan tersendiri.
Sama seperti orkid butterfly putih yang kuning di tengah ini, ianya berbeza dengan yang di paparkan dalam entri 'Waspada terhadap serangan serangga perosak/kulat' sebelum ini. Warna kuning di tengahnya lebih pekat malah bentuk bunga pun berlainan. Manakala saiz bunganya pula lebih kecil berbanding saiz bunga dari pokok yang satu lagi itu. Dari pemerhatian, duduk-letaknya satu-satu orkid juga memainkan peranan dalam kejadian terang/pekatnya warna orkid tersebut.
Jom buat eksperimen, kita cuba alih-alihkan orkid dari masa ke semasa untuk melihat perbezaan warna yang lebih menarik.
Posted by fzi at 8:30 AM 4 comments
Labels: phalaenopsis
19.1.09
Orkid merah menggamit mesra
Warna orkid yang merah ini jika dipandang dari jauh lagi sudah menarik perhatian orang yang lalu lalang di depan rumah. Attract attention gitu...hehehe..
Saya hanya menampalkan pokoknya di keratan batang kayu ciku yang di kutip dari dahan2 pokok ciku yang ditebang orang. Dengar cerita, kayu dari pokok ciku dan manggis amat baik untuk orkid. Kawan yang syorkan pakai kedua2 jenis kayu tu. Katanya sesuai untuk orkid sebab ianya keras dan tak mudah dimakan bubuk/anai-anai.
Kayu ciku misalnya memang orang gunakan untuk buat ulu pisau/parang disebabkan ketahanannya. Jadi bila kebetulan nampak keratannya di tepi jalan, saya pun apalagi singgah le jumpa tuan rumah minta izin nak ambil sikit. Ya lah dari terbuang dan membazir je semua.
Alhamdulillah, dah bertahun2 pokok orkid saya melekat di kayu tersebut, namun sampai hari ini ia masih kekal utuh dan tidak reput. Orkidnya pula cantik, merah menyala dan tidak jemu dipandang mata.
Posted by fzi at 8:37 AM 0 comments
Labels: vanda
16.1.09
Orkid purple serlah kelembutan
Orkid dari spesis yang tahan panas ini senang dijaga. Sama seperti vanda lainnya, ia kerap berbunga jika mendapat cahaya matahari yang secukupnya. Warnanya yang 'light purple' menyerlahkan kelembutan dan menyejukkan mata yang memandang. Itu memang colour feveret saya.... :)
Dulunya kebanyakan spesis ini saya tanam menggunakan medium habuk papan yang di tekan padat ke dalam pasu. Habuk papannya saya dapatkan dari kilang2 papan yang ada berdekatan dengan rumah pada masa itu.Tapi saya perhatikan timbul masalah bila pokok kena hujan lebat berhari-hari, habuk papan itu jadi terlalu lembab dan akhirnya mendatangkan penyakit pula pada pokok orkid.
Tak boleh jadi ni. Lantas saya terus tukar guna arang dan batu-bata balik seperti sebelumnya. Jadi risiko nak kena penyakit kuranglah sikit.
Posted by fzi at 9:53 AM 0 comments
Labels: vanda
15.1.09
Orkid oh orkid
Orkid kali ini adalah dari spesis wild orchid yang macam biasa tidak lah hamba arif akan namanya..
Orkid ini dulunya saya beli dari kak Siti di Kg Jawa, Kerling yang menjual secara kecil-kecilan orkid2 yang di semai. Saya masih ingat lagi saat itu saya tertarik hati dengan cara kak Siti menanam orkid ini iaitu dengan hanya menekapkannya ke berus sabut yang dah tak diguna.
Masa tu saya dan Ain(kawan merangkap jiran) terkedu dengar kak Siti bercerita pasal orkidnya. Banyak info dan tips berguna yang kami dapat ... tqvm kak Siti.. budimu sentiasa dalam ingatan..
Sudahnya sekarang orkid ini tumbuh subur dan membiak dengan cepat sekali. Ada ketikanya bunga yang keluar dari ruas-ruas batangnya bloom serentak dari beberapa rumpun. Ada yang saya lekatkan di batang pokok bunga kertas dan ada yang dibiarkan subur melekat di sabut2 kelapa yang saya tekapkan di tiang batu rumah orkid.
Orkidnya cantik berwarna purple siap berbaldu(velvet) lagi. Keharumannya pula memikat dan silap hari bulan boleh meremangkan bulu roma jika keluar melintasi rumah orkid di malam hari.
Kebetulan, hanya sekuntum sahaja pengeluarannya kali ini. Bukan musimnya bloom kot, walaupun pokoknya cukup saya bajakan dengan semua jenis baja yang ada...nasib baik le tidak over-dose...alahai.. orkid oh orkid..
Posted by fzi at 12:33 PM 4 comments
Labels: anosmum
14.1.09
Orkid wangi di tiang pergola
Sejak lama dulu saya mencari-cari nama bagi orkid ini. Dalam kumpulan manakah, samada vanda atau mokara? Atau mungkinkah ia tergolong dalam kategori wild orchid? Mungkin ada di antara teman2 yang tau, boleh la share info buat saya dan mana2 sahabat yang mungkin tak tau.
Orkid ini saya beli di Pameran Orkid Antarabangsa tujuh lapan tahun lepas. Beli anak pokok yang masih kecil dan mempunyai risiko samada mau hidup atau sebaliknya. Tapi syukurlah, ianya selamat dan sehingga kini sudah banyak kali berbunga.
Bunganya cantik dengan adanya spot2 putih pada latarbelakangnya yang berwarna kelabu kemerah-merahan. Mempunyai bau yang wangi adalah kelebihannya. Sejak bertahun2 saya hanya letakkan ia di tepi tiang pergola tanpa mengalih-alihkannya ke tempat lain sebab nampak ia dah serasi di sana.
Posted by fzi at 10:57 AM 4 comments
Labels: vanda mimi palmer
13.1.09
Orkid hutan
Saya memang suka orkid hutan. Kebanyakan orkidnya berbau wangi walaupun saiz bunganya kecil. Koleksi yang ada tak adalah banyak, hanya ada 2, 3 spesis sahaja. Yang tau nama pun hanya satu dua. Gambar mula2 ni kalau tak silap saya memakai nama saintifik 'Bulbophyllum purpurecense'. Kejadian bunganya yang berwarna putih kuning, agak pelik ibarat macam rambut dalam iklan sabun Trojan..mencacak-cacak gitu...hehehe. Cutting pokonya dulu saya beli dari orang asli yang berniaga di tepi jalan semasa kami dalam perjalanan naik ke Cameron Highland.Yang ini juga dibeli dari orang asli. Orkidnya berwarna putih ditambah ada warna kuning di tengah-tengah kelopak. Saiz bunga teramatlah kecil, tapi untungnya ia kerap berbunga malah berjaya menyenangkan hati saya dengan kewangian aromanya.
Manakala yang ini pula saya dapatkan semasa berkunjung ke nursery Vani di Kuala Kubu Bharu. Juga harum bak kasturi. Nama saintifiknya ialah Aerides odorata. Sebab nak sebut pun susah, jadi saya panggil okid utan vani je...hehehe...Ia pernah beberapa kali berbunga menerbitkan orkid dari tangkai yang panjangnya kurang dari 1'. Jumlah bunga dari tangkai tersebut biasanya dalam 15 - 20 kuntum. Tampil cantik dengan kelembutan warna merah jambu.(bila keluar bunganya nanti InsyaAllah akan saya paparkan).
Posted by fzi at 12:11 PM 5 comments
Labels: orkid hutan
11.1.09
Orkid butterfly yang berseri di laluan rumah orkid
Dalam gandingan beberapa spesis orkid butterfly di bawah rumah orkid kami, terdapat satu di antaranya yang paling kerap berbunga. Setiapkali bloom putik bunganya kadang mencecah sampai 10 buds bagi satu tangkai. Agak begitu membebankan baginya untuk menampung berat maka selalunya saya tolong support dengan mengepitkan tangkainya yang berjuntai menggunakan klip2 kecil(yang biasa digunakan oleh anak2 perempuan saya dalam dandanan rambut mereka...hehehe) supaya tangkainya tidak mudah patah/merundum ke tanah.
Jom tengok koleksi gambar yang anak2 saya tolong snapkan khusus buat galeri 'seri-orkid' mamanya...hehe
Posted by fzi at 4:55 PM 4 comments
Labels: phalaenopsis
Phalaenopsis yang anggun bergaya mewah
Orkid yang lebih dikenali dengan nama orkid butterfly ini mempunyai saham yang agak tinggi sedikit berbanding yang lain. Warnanya yang eksklusif ala-ala kulit cheetah itu menggamit ramai teman untuk menghampirinya dan memberi komen. Satu waktu dulu, ia rajin berbunga tapi sejak kebelakangan ini saya nampak 'production'nya jadi makin slow.
Bila dijengah ke dalam pasunya ternyata hanya akarnya saja yang sendat, manakala arangnya sudah hancur malah dah jadi macam tanah. "Oohhh itu sebabnya..Nak kena keluarkan semua balik, basuh bersih-bersih dan tambahkan arang baru." ,bisik hati kecil saya....*buat kesimpulan sendiri setelah melihat keadaan itu*
Nantilah bila-bila over-haul pasu....*alahai, tangguh lagi!*
Posted by fzi at 4:34 PM 0 comments
Labels: phalaenopsis
Orkid butterfly di pintu dapur
Orkid butterfly dalam famili phalaenopsis ini memang berbeza sedikit saiznya berbanding orkid butterfly yang lain dalam koleksi kami. Saiznya bunganya sedikit kecil jika hendak dibandingkan dengan lain-lain yang pernah saya paparkan dalam entri sebelum ini. Daun nya pun lebih kecil malah warna bunganya yang merah jambu pula agak berbeza dari yang biasa ditemui kerana ia nampaknya bagaikan ada gabungan warna dengan sedikit biru kundang. Hasilnya ia menyerlahkan warna yang solid pekat dan nampak anggun. Kalau sekali pandang keterampilannya bagaikan bunga plastik. Aduh, uniknya orkid!
*** (errr....orkid ni nampak macam bih-kurang je dengan gambar orkid kat template 'seri-orkid' ni kan... kan, kan?) Hahaha...
Posted by fzi at 4:18 PM 0 comments
Labels: phalaenopsis
Orkid cinta bersemi
Saya pandai2 namakan sendiri orkid ini sebab sukakan imejnya yang nampak utuh dan menyerlah bagaikan cinta bersemi..hehehe..*jiwang sikit nama, tau takpe.. :)*
Nanti lah bila2 nak surf internet cari dalam Wikipedia apa nama saintifiknya. Orkid ini sepertimana spesis2 seperti vanda dan orkid kampung, ia juga tahan pada teriknya matahari. Tidak ada sebarang lindungan yang menaungi. Pokoknya pula tahan lasak dan tak mudah melatah biarpun terdedah pada serangan serangga perosak dan lain-lain.
Posted by fzi at 4:08 PM 0 comments
Labels: orkid kampong
Orkid kuning menyambut tetamu
Orkid yang ini saya tidak tanam dalam satu pasu khusus tapi sebaliknya memacakkannya bersama dengan beberapa pokok orkid lain dalam satu pasu besar di muka pintu rumah orkid. Dengan kepanasan matahari yang direct di situ, pokok orkid itu nampaknya serasi dan kekadang berbunga. Tapi saya tak pasti ianya dalam kumpulan spesis mana. Apapun, bunganya cantik berwarna kuning keemasan ditambah dengan ada 'dot dot' merah pula pada sebahagian kelopak bunganya.
Bilamana bergabung dengan orkid2 lain yang kebetulan berbunga dalam pasu yang sama, maka keserian makin terserlah sebagai fungsi penyambut tetamu di rumah orkid.
Posted by fzi at 8:39 AM 0 comments
Labels: unknown
Cattleya biru kundang yang memikat
Ada satu spesis cattleya yang pokoknya rajin mengeluarkan buds(putik bunga) yang baru. Setiapkali berbunga ia mampu menerbitkan 2 atau 3 tangkai bunga yang berwarna light purple(biru kundang lembut). Keserian warnanya ini sering menambat hati teman-teman yang datang berkunjung. Ia sedikit berbeza dari lain-lain cattleya kerana keupayaannya mengeluarkan haruman yang wangi dan menyegarkan. Aromanya lebih kuat di waktu pagi hingga tengahari.
Bermula dari satu cutting saja yang saya beli di Taman Orkid Lake Garden 10 tahun lalu, alhamdulillah sekarang dah membiak jadi beberapa pasu. Ada yang saya tempatkan di bawah rumah orkid, ada juga di bawah naungan pergola dan tidak ketinggalan di sudut orkid di laman dapur. Orkid-orkid yang berdekatan pintu dapur ini sengaja saya tempatkan sebagai alternatif untuk saya memandang keserian orkid takkala sedang memasak di dapur. Bila melihat cantiknya orkid, mood memasak pun semakin menjadi-jadi..hehehe
Posted by fzi at 7:42 AM 0 comments
Labels: cattleya