CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

22.1.09

Orkid yang nampak suci





Hehe... bunyi tajuknya lawak la sikit. Yang benornya orkid ni kitaorang gelar orkid liar je. Orkid ini banyak tumbuh di batang pokok kelapa dan dahan pokok besar kat tepi2 jalan. Nak jadi cerita asalnya pokok orkid ni kitaorang dapat kat tengah2 bandar Tg Malim. Mungkin ada yang rasa pelik, tapi itu lah realitinya.

Satu petang tu lepas singgah minum kat Dataran Selera di sana, masa nak masuk kereta tiba-tiba nampak satu rumpun orkid liar kat tepi bonet. "Alamak! rezeki jatuh dari langit!", kata suami saya... hehehe. Rupa2nya rumpunan orkid itu jatuh dari pokok besar tempat kami parkir kereta di bawahnya. So, apa lagi angkut balik la...hehehe

Walaupun ianya hanya orkid liar yang tumbuh merata-rata, namun seronoknya sekali ia berbunga satu laman berbau wangi. Baunya amat kuat menusuk kalbu. Warnanya pula putih bersih yang nampak suci gitu....


6 comments:

Sayanghasni @ Yus said...

wah orkid akak ni banyak betul bunganye. kat rumah yus, orkid ni tak berbunga macam tu ler. setangkai sekuntum jer.

fzi said...

yus..orkid ni akak just bajakan ngan air beras n air basuhan ikan je...yus cuba try test tengok...
Tapi kalau boleh peramkan dulu air tu bertutup dalam baldi for a few days.. kalau terus simbah yang fresh dikhuatiri pokoknya 'selamat jalan'...hehehe

MINAT ORKID said...

Salam. Orkid berbunga putih ni cantik tapi sayang kembang tak lama.Saya suka baunya yang harum tapi sayang sekejap saja.

fzi said...

Wsalam minat orkid...
Betul tu, kembangnya sehari saja..Namun, sekali bloom terpahat dalam ingatan sebab aromanya dari beberapa rumpun mewangikan seluruh laman...hehe

Orkid La said...

Nama Genus ini Dendrobium crumenantum,
lebih dikenali sebagai Anggerik Desa. Dikalangan pengamal perubatan tradisional, orkid ini dipercayai boleh menyembuhkan penyakit seperti sakit telinga, demam dll.

fzi said...

Ohh.. tima kasih 'Orkid La' dengan info yang diberi..Maybe ramai yang sama ngan saya yang tak tau nama orkid liar ni... TQ