CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

11.5.10

Lencun Kena Hujan

Dah berhari2 hujan lebat tiap petang. Time hujan lebat tu la saya nak tak nak terpaksa gak kluar ambik anak. Shilah ada latihan kawad kaki kat sekolah. Agresif hari2 ada latihan sebab esok *Rabu* acara kemuncaknya. Lawan antara sekolah.

Alhamdulillah, tiap kali sampai balik umah, hujan dah agak teduh dah... tinggal rintik2 je. Jadi jalan santai2 je la turun keta, tak yah nak lari lari. Bila jalan slow motion tu, ada la peluang mata mengerling dekat okid2 yang sume lencun kena hujan tu....huhu... tapi kan, walau basah kuyup okid2 tu tetap nampak cantik dalam redup cahaya petang lepas hujan....
:))







Nak selitkan sekali snap-shot mokara merah di waktu panas terik....cantikkkkk....