CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

28.1.10

Semerbak Harum Kak Mimi

Amboi, kak Mimi mana pulak ni?

Tak boleh jadi, sensitip ni....kat umah ni mana ada orang nama Mimi...

hehe... bukan orang pun akceli. Mimi yang dimaksudkan tidak lain tidak bukan hanyalah orkid vanda saya yang memakai nama Vanda Mimi Palmer tuh. Alhamdulillah Mimi kembali menyeri kat laman tu. Harum semerbak baunya. Tu yang asyik nak ulang2 je lalu dekat2 dia.... hihi

Dia dah siap posing dua tiga hari lepas dah, saya yang duk bertangguh nak publish snapshotnya. Sibuk keluar masuk rumah ntah berapa kali sehari. Ngantar ngambik anak keje, sekolah dan tusyen. Ambik gambar kak Mimi hari tu pun sambil tangan kiri penuh barang jinjing beg plastik, masa tu baru turun keta... :)