CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

2.8.09

Aerides mewangi di laman




Sudah sekian lama Aerides menyepi diri sebenarnya. Sampailah baru-baru ini saya perasan ada salah-satu dari 4 pokok orkid ini yang keluar buds. Oh... seronoknya rasa. Dah lama tak dapat rasakan kewangian aroma Aerides.

Ingat lagi dulu pernah sekali 3 pokok keluar bunga sekali-gus.... sayang pula..... tak teringat time tu nak rakamkan gambarnya. Masa tu, kawasan sekitar pergola berbau....wangi sewangi-wanginya..... :)

So, cerita petang tadi, sesampainya kami di rumah balik dari hantar kakak balik hostel di kkb, saya lantas terpandang aerides yang duduk-letak berhampiran gate itu dah kembang tiga empat kuntum. Wow!

Memikirkan diri belum solat Asar, cepat2 minta papa je yang tolong snapkan gambar aerides tu. Huh, tak sabar-sabar.... :)

Selesai solat tuan dia sendiri pula sambung snap lagi dua tiga keping.... hehehe.... kira over-excited le ni lebih kurang......hihihi