CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

27.7.09

Jambangan orkid labah-labah



Sambil menumis bahan2 atas dapur, saya lari keluar kejap ke laman. Dengan menggenggam cutter di tangan kanan dan pegang stool di tangan kiri, terus menghala ke tepi pagar sebelah kanan di mana tertanamnya orkid labah-labah/orkid kampung tu. Betul-betulkan kedudukan stool di atas tanah yang tak berapa rata tu, kang tak stable kang terjatuh pulak saya... susah pulak jadinya... :)

Terus paut dan kerat tangkai-tangkai orkid labah-labah yang sedang rancak berbunga itu. Woahhh...cantiknya.. dapat pun dalam 5, 6 tangkai. Masuk balik ke dapur, kacau-kacau apa yang dalam kuali tu *bimbang juga nanti hangus apa yang sedang dimasak tu...*. Pastu sambung balik lari ke laman menuju ke tepi pagar belah kiri pulak. Kerat lagi beberapa ranting orkid labah-labah.

Orite!... Siap pun satu jambangan orkid labah-labah yang saya serikan lagi dengan paku-pakis yang tumbuh meliar. Lega rasa hati tengok jambangan bunga segar di ruang tamu. Semoga turut segar pandangan mata tetamu kami dari Penang yang berkunjung semalam tu..... :)