CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

22.6.09

Vanda dah kembang penuh


Semalam hari minggu lagi.... bermakna lama la sikit saya kat luar tengok2 pokok. Kalau berteman seronok lah duduk kat luar tu. Kalau sorang2 weekdays, kadang timbul rasa takut... mata duk asyik pandang arah gate je. Sebabnya ada lebih-kurang 4 buah rumah di sekitar depan belakang dan kiri kanan rumah kami, tengah buat renovation. Tak seronok, tak berani dan macam2 rasa lagi. Di hari2 suami bekerja, saya biasanya tunggu dengar bunyi Yanti(helper jiran rumah sebelah) menyiram baru saya keluar sama. Kalau tidak pandang orkid dari kejauhan je lah.... dari pintu dapur yang bergrill.... ;D

Suka sangat tengok vanda yang ini. Merah cilinya amat memikat hati. Jadi bila tengok dah kembang penuh macam ni, memberi seribu satu macam kepuasan... dua2... di mata dan di hati.