CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

23.6.09

Paku-pakis dalam pasu orkid


Paku-pakis liar makin banyak tumbuh dalam pasu-pasu orkid. Akar2nya yang berselirat sama naik membiak saing dengan akar2 orkid. Semua seakan berebut tempat. Walaupun begitu, saya tidaklah rasa terganggu dengan kehadiran paku-pakis ini. Malah lagi suka pulak. Sebabnya, paku-pakis yang tumbuh ini bukan sebarang paku-pakis. Ini yang jenis baik punya. Daunnya berkilat-kilat dan cantik sekali.

Di waktu2 darurat contohnya, semasa mendapat panggilan yang tiba2 dari member yang on the way ke rumah saya, paku-pakis ini lah yang selalu diterjah. Cepat2 dipotong dan dimasukkan ke dalam vas sebagai penyeri menyambut tetamu.
... ;))