CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

27.6.09

Santai Pagi Sabtu

Selepas hantar Shilah ke sekolah, kami terus singgah makan roti canai dan teh tarik. Kemudian sebagaimana rutin di hari minggu, singgah pula ke pasar beli lauk-pauk untuk bekalan dua tiga hari. Bila balik rumah.... papa apa lagi.........:D


Nak tunggu papa habis baca Star yang tebal tu.... lama tu....tambah baca paper kat kerusi taman yang boleh buat terlelap tu.... ;p.... jadi sementara itu saya pun ambil le peluang siram-siram pokok kat laman. Lepas siram, berpaling ke belakang, nampak member masih kusyuk lagi.... *... bila nak stat gardening ni? Tadi kata pagi ni nak meracun rumpai kat kebun depan... kang kejap lagi dah panas... *

Saya tak mahu le kacau....kesian pula, biarlah member nak relax dan santai di pagi Sabtu ini... hari bekerja dah pegi pagi sampai umah dah masuk Maghrib....

Ok lah, ambik gambar orkid je la, nak borak pun sure tak dilayan.....paling layan pun jawapan yang pasti... "emm" atau "Oooo" atau "iya?"..... so baik tak payah....hehehe


Amabilis ni lama betul tahan bunganya...


Vanda ini saya tak puas pandang...asyik nak pandang je....


vanda lagi...comel nyerrr....


Wow! banyaknya orkid ni nak kembang....dari satu pasu je ni, keluar pula dari dua kelopak... saya kira kira ada 8 kuntum semuanya.... hebat! Nanti kembang, kita post lagi...:D