CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

10.3.09

Gambaran orkid butterfly selepas hujan

Semalam cuaca mendung dari pagi lagi. Hujan gerimis memanjangkan lagi tempoh tidur kedua anak2 perempuan saya. Selepas bangun sekejap untuk solat subuh, langsung kedua2nya masuk sambung tidur balik. Nampaknya udara yang dingin mendorong kuat keinginan untuk anak-anakku terus bermalas-malasan. Tak boleh ikutkan sangat rasa hati tu...

Saya pun terus mengatur langkah ke dapur untuk siapkan breakfast. Pagi ni cuba masak mee kuning kering pemberian Hj Munir, jiran kami. Mee tersebut mesti dicurahkan dengan air panas terlebih dahulu kemudian harus direndam beberapa ketika sebelum sedia untuk digoreng. Ump...boleh tahan, sedap juga.

Bila dah beres semua, pegi jengok suami sekejap yang masih tekun membaca buku "Dream-Biz.com" tulisan Burke Hedges di ruang tamu. Untuk tidak mengganggu, saya pun mulalah bergerak ke luar untuk melihat2 orkidku yang kesemuanya lencun disirami hujan. Lagipun nak check e-mail pun tak dapat sebab sistem internet masih down dari malam sebelumnya lagi. Jadi dapat appreciate orkid je lah pagi tu... lagipun hujan dah pun teduh.. just nice for me to have a sweet time outside...

Macam ni le rupanya orkid butterfly kesayanganku yang baru lepas kena hujan.

4 comments:

S@Y@NGH@SNI said...

memang cantik pabila bunga2an dihiasi rintik hujan...
alam pun terasa aman damai...
dulu sewaktu kecil yus suka goncang dahan pokok ceri lepas hujan...

fzi said...

ohh kalu gitu tentu le abih basah yus..ye tak...hehe

Oya pegi jalan ke cuti 3 hari(maulud nabi)? Saje akak tanya, harap yus tak kisah k..

MaMa MuNiRa said...

wah.... cantik banget...tentu syox kan he...he..

fzi said...

tu la pasal..
so saya pun tak lepas kan peluang amik gambar.. cantik pulak nampak bila dah lencun tu...hehe

thx kak..