CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

18.3.09

Buku tentang ORKID

Semalam, sekali dengan ada beberapa urusan lain di kkb, kami sekeluarga sempat singgah sekejap ke library. Sekejap tak sekejap hampir 3 jam juga di sana. Kebetulan anak yang form 5 tu ada janji dengan kawan dia nak bincang Add maths sama2. Abang dengan papa dia pula sibuk di bilik komputer isi borang UPU online. Shilah sebaliknya bijak mencari tempat di satu sudut yang agak privacy di bahagian individual partition. Tak mahu ada gangguan agaknya untuk dia habiskan bacaan novelnya yang tinggal separuh itu.

Maka tinggallah saya seorang bergerak dari satu rak ke satu rak buku yang lain untuk cari buku2 terbaru. Seronok juga jumpa banyak buku-buku yang masa last visit takde. Semua tu buku2 baru dan banyak yang belum lagi dipinjam. Nampaknya saya selalu berpeluang jadi peminjam yang pertama...hehe.. berbunga-bunga hati...

Antara yang istimewa ialah....

...dan tak ketinggalan satu buku untuk dapatkan info dalam merawat kaktus saya...

0 comments: