Tak tau di mana silapnya, orkid vanda yang berbunga besar ini setiap kali berbunga hanya mampu mengeluarkan hanya 1 atau 2 kuntum bunga je. Kalau sebelum ini dapat produce 2 kuntum, kali ini makin merundum... hanya sekuntum je. Bila melihatkan dari segi pengeluaran akarnya, nampak subur. Tak nampak terencat di mana-mana.
Mungkin juga sebab saya hanya tahu satu teknik penjagaan saja. Misalnya,
- hanya tahu meletakkan satu-satu orkid itu ditempat yang tertentu saja,
- dibajakan pula dengan baja yang tertentu saja
- dan merasa ianya sudah cukup disiram setiap hari.
Lagi satu, saya perasan sejak dua tiga menjak ni saya hanya terus-menerus merangsang pokok2 orkid saya dengan baja bunga saja(baja untuk kesuburan daun dah lama habis langsung tak terbeli sampai hari ni). Akibatnya orkid saya takde keluarkan tunas-tunas baru. Semua bagai dikerah untuk berbunga je. Tu yang buat pengeluarannya lemah sebab tiada pembajaan yang seimbang barangkali. Nampak gaya kena ubah cara ni...
Berbalik kepada orkid vanda yang sekuntum tu, kali ini nampak warnanya begitu pekat sekali. Warna maroon yang menawan lagi memikat hati. Ukuran bunganya pula amat besar berbanding lain-lain vanda yang berjiran di kanan dan kiri...
*** up-date info 30/3/2009
masa lalu bawah pergola pagi tadi, terhidu bau wangi yang menusuk hidung. Tengok2 bau tu datang dari vanda yang besar ini(sampai hari ni masih mekar berkembang). Terlupa nak cakap pasal fakta bau ni masa post entri hari tu...
6 comments:
Salam,
Sekali lagi bukan utk meriakkan diri. Vanda merupakan "Water Lover" tetapi memerlukan kitaran udara yang banyak. Akarnya "Air Root" jangan dipotong jika terlalu panjang.
Thanx Orkid La
Ohh akarnya yang banyak merambu2 kadang saya potong bila dah panjang sangat. Mungkin itu antara sebab tak mau keluar banyak kuntumannya..
ohh..gitu..mujur tak pernah terlintas nak potong akar2 tu.
yus nie kalu tengok akar pokok nyer segar..senang hati sikit. pada yus tu tanda pokok tu masih lagi 'hidup'..
wah..bagus ler, akak dah ada penasihat yang pakar kat sini.
orkid la, jangan ler gitu..
kalu ada komen yang membina tu bagi tau aje..boleh yus tumpang belajar...
Yus thanks..
Akak memang setuju dengan pendapat yus.
Dalam kita bertukar info ni rasanya takde istilah riak/apa2 je yang negatif.. akak malah amat berterima kasih dan menghargai Orkid La atau sesapa je yang sudi berkongsi info...
Terima kasih la atas sambutan yg diberi. Bukannya apa, kadang2 mereka2 nih bodoh sombong tak nak terima dgn apa yg diberi.
Bila teguran @ nasihat dikatakan menunjuk2 @ riak, membuatkan kita cuak untuk berkongsi maklumat.
Sedangkan Ilmu itu dituntut disisi agama. Wallahhualam....
Shaiful
http://alamorkidla.blogspot.com/
orait en shaiful thanks..
Post a Comment