CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

31.12.10

Orkid BLC.... Brassavola Laelia Cattleya

Seri Orkid macam sedikit sepi kebelakangan ini.... dek kemurungan tanpa diduga telah melanda tuannya....agak la...hehe...

Sebab? Sebabnya butterfly kesayangan hilang... Putik-putik bunga orkid butterfly dari 3 pasu, yang berlainan warna dan jenis ghaib sebelum sempat ianya kembang mekar. Ketiga2 phalaenopsis itu memang ditunggu2 kemunculannya setelah pokoknya yang dah lama sepi tanpa bunga, diperobat balik dengan pelbagai usaha.

Tapi malangnya, selepas dah selamat keluar buds, penuh dalam tangkai yang panjang... tup2 hilang macam tu je... Tak pasti gerangan apa yang menyerang. Tu yang buat duka tuh.... tapi yang dah pergi pasti takdenya nak jumpa balik.... jadi sudah sudah lah fzi.... forgive n forget jeh... dah toksah layan rasa duka tu lagi.... hehehe

Orite, jom kita tengok cattleya je lah.... alhamdulillah keluar lagi cattleya yang cantik tuh... Dikatakan ia terbentuk dari 3 gen family, makanya dikenali sebagai orkid BLC iaitu Brassavola + Laelia + Cattleya... campur 3 gen family, tu pasal besar dan cantik! ....alhamdulillah memang menawan, tak jemu pandang... :))