CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

8.11.10

Vanda kaler oren yang evergreen

Alhamdulillah... kembang jugak akhirnya vanda besar yang kaler oren nih.  Dah lama duk senyap kat bucu pergola tuh... rupanya dalam diam2 nak juga dia keluar lagi... 5 kuntum pulak tu kali ni...alhamdulillah

"Payah dah nak jumpa vanda yang evergreen ni dekat nurseri skarang...", 

.....teringat kata2 seorang rakan sewaktu membelek2 vanda tersebut masa kali terakhir kembangnya dulu.  Mungkin ada benarnya kata2 beliau sebab masa saya singgah kat mana2 nurseri cari baja, tak pernah pula terserempak dengan vanda yang satu ini.  Banyak vanda yang kaler oren tapi bentuk lain dan saiz pun kebanyakan kecik2 je.  

Pokoknya dulu merupakan pemberian kawan saya semasa kami masih tinggal di rumah lama.  Walaupun dah hampir 10 tahun, alhamdulillah pokoknya nampak masih bertahan subur...  :))