CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

1.12.09

Pesona Vanda....

Tengahari tadi dah perasan vanda yang dekat tiang rumah okid tu dah kembang sepenuhnya. Pukul 3 petang masa nak hantar shilah pegi tusyen, sempat lagi jeling dekat vanda tu lagi. Pukul 5 petang nak ambik shilah dari tempat tusyen, lalu lagi dekat dia, sekali lagi bagi jelingan manja....hihi

Oklah, dah sampai masa to publish snapshotnya yang cantik.... kaler oren yang mempesona.... :D

Dulu kedudukannya di tempat lain... Bila dah pasang bumbung rumah okid baru, saya buat over-haul besar-besaran.... Saya alih2kan tempat pasu2 okid tu.... Hampir kesemuanya beralih tempat termasuklah vanda yang oren ini.

Sekarang nampak ianya selesa tergantung di salah-satu tiang rumah okid. Alhamdulillah tetap mampu produce bunga seperti selalu even akar2nya tempohari banyak yang kena potong.... nasib baik le...mau lagi dia berbunga di tempat baru ni.... syukurlah.... :D