CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

6.7.09

Orkid yang bermasalah



"Apa la sebenarnya masalah orkid ini....",saya merungut2 dalam hati.

Timbul rasa tak puas hati tu rasanya bersebab.... masuk kali ini dah 2x jadi macam ni....bila tumbuh dah tinggi dan elok2 dah matured untuk keluarkan bunga, tiba2 je mengering kemudian luruh daun satu persatu dan kemudiannya....hampir2 K.O. Lamaaaa saya biarkan, tetiba kuar balik anak pokok baru.

Seingat saya pernah sekali berbunga dulu *bunga kaler purple* tapi dah lupa camane rupanya.

"...ngapa ma?", tanya Shilah bila tengok saya lama sangat duk belek pokok orkid yang sama. Shilah masa tu tengah tunggu van nak pegi sekolah.


"...ni...okid ni, mama dah brape kali nak buang tak jadi2, dah give-up lah tengok pi'il dia.... "

Brooommm......tiba-tiba kedengaran bunyi enjin.
"Oppss...van dah datang Shilah!"
"k c u, baca Bismillah dan doa nak belajar dulu sebelum mula kelas k
", saya mengulang pesanan yang hampir sama setiap hari buat Shilah.

Bicara tentang orkid tadi terputus begitu saja. Tak tau yang tumbuh kali ini, dapat bertahan atau akan jadi macam yang sudah-sudah... wallahu'alam.