CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

16.7.09

Orkid kaler kuning yang mengancam...


Sepanjang perjalanan balik dari Surau Al-Bayan semalam, dah pasang niat dalam hati sampai2 umah je kena terus solat Asar sebelum mula buat kerja2 lain. Tak tunggu solat kat surau sebab tak bawak telekung *...alasan yang biasa kita dengar..... :)*

Turun2 kereta, alamak terpandang le pulak satu objek warna 'kuning keorenan' *buat istilah sendiri*.... Ouhh orkid tu dah kembang rupanya... belah paginya bizi kat dapur, tak keluar pun ke laman, tu yang tak perasan orkid yang dah lama menyepi diri ini kembang. Cantiik.. mengancam gitu... kaler kuningnya pekattt sangat dengan ada pula spot2 merah pada kelopak bunganya....

So singgah le kejap kat pergola, letak beg yang berisi al-quran dan buku nota saya tu atas meja taman, kemudian terus menuju ke muka pintu rumah orkid. Tangan dengan pantas membelek2 orkid yang baru kembang tu.... *huh...tak dan dan*

Nampaknya niat yang pasang dalam kereta tadi tinggal niat je la... urusan dunia punya pasal.....sampai terlepas solatku di awal waktu.... "Ya Allah ampunkanlah daku yang mengutamakan urusan dunia lebih dari urusan akhiratku..." :(