CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

4.5.09

Vanda bersebelahan dragon fruit





Vanda ini seakan-akan sama dengan vanda yang berwarna oren yang saya muatkan dalam posting baru2 ini. Walaupun bunganya seakan serupa tapi bila diperhatikan betul2 ternyata ada beberapa perbezaan. Bentuk kelopaknya tidak terlalu berkerinting dan ada jarak sedikit antara kelopak dengan kelopak setiap satunya. Sedangkan yang lalu kelopak seakan sedikit bertindih antara satu sama lain. Daun pokoknya pula lebih panjang dan meruncing sedangkan yang lalu daunnya agak lebar.

Vanda ini keluar dari pokok yang duduk bersebelahan dengan pokok dragon fruit suami saya. Warnanya lebih kepada kuning bercampur merah jambu. Bunganya pula agak besar sedikit dan nampak penuh walaupun hanya terdiri dari 3 kuntum sahaja... (tak cukup zat kah mampu produce 3 kuntum je....hehe)

Kebelakangan ini, laman kami agak meriah dengan orkid yang dari jenis vanda ini . Semua pakat2 keluar putik2 bunga baru silih berganti....Saya seronok sangat sebab nampak berseri laman di sebelah bahagian tanaman orkid ini. Satu lagi yang pasti sebab bunganya begitu tahan lama. Sesetengahnya boleh mencapai tempoh hampir 1 - 2 bulan....syukurlah....


0 comments: