CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

1.5.09

Mokara dan vanda berebut keluar

Baru hari tu mokara yang sama jenis dengan yang ini, kembang di laluan tepi rumah orkid. Mokara kali ini pula ialah yang saya letaknya di tepi tiang pergola bersekali dengan beberapa jenis vanda yang lain.

Cuaca yang panas kebelakangan ini mendorong kebanyakan orkid2 saya keluarkan putik2 bunga baru. Semua berebut2 keluar dan tak ketinggalanlah mokara merah ini yang tumpang sekaki. Namun warnanya sedikit berbeza dengan yang lalu kerana yang ini warnanya lebih ke arah merah jambu. Biasalah tu... memang lah makora ini ada banyak kaler walaupun dari jenis yang sama...hehe

Ini pula vanda merah yang betul-betul merah. Sekali pandang macam merah darah....ish! Kedudukannya agak teratas dari lain-lain yang sedang kembang. Jadi warnanya yang pekat jadi makin pekat lah bila dah dapat sepenuhnya cahaya matahari tanpa terlindung oleh apa2 bayangan objek.


Kalau dipandang dari main door, nampak cantik orkid2 ini bersusun kembang. Berseri tiang pergola dibuatnya.... hehe

2 comments:

Shida said...

warna merah & pink tu memang minat saya.....cantik semua bunga tu.

fzi said...

Emp... akak pun suka ngan mokara shida...bunganya dah tahan lama :)
Thx shida....