Orkid butterfly yang ini mekar indah di taman dapur. Warnanya solid (gabungan warna pink + purple)tanpa corak, lain dari yang biasa terdapat pada lain-lain phalaenopsis di Impiana Iman. Nampak anggun dan tak puas mata memandang. Kelebihan orkid-orkid yang saya tanam berhampiran pintu dapur ini, biasanya sentiasa mendapat bahagian dari simbahan air basuhan beras yang saya simpan setiap hari.
Orkid ini nak lebih-kurang sama dengan yang pernah dipaparkan dalam entri Orkid Butterfly di Pintu Dapur *sila klik di SINI*yang saya katakan wajahnya mirip gambar hiasan orkid di template Seri Orkid ini. Namun orkid yang itu walaupun warnanya juga solid, namun ia agak kerinting sedikit di tepi2 kelopak bunganya. Manakala yang ini pula,solid keseluruhannya.
10.2.09
Phalaenopsis dengan warna solid
Posted by fzi at 8:26 AM
Labels: phalaenopsis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment