CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

28.2.09

Dendrobium yang pertama dalam koleksi


Ini le dendro yang pertama-tama ada dalam koleksi. Bukan hanya dendro yang pertama malah itu le orkid yang mula2 sekali yang saya ada. Ianya kenangan dari kakak saya yang waktu itu hendak berpindah ke Sabah. Ada le sedikit sebanyak pasu2 bunga yang dihantar ke rumah saya termasuklah orkid ini.

Waktu tu saya pecahkan ia pada beberapa pasu dan dapat lah dihulurkan pula pada jiran dan dua tiga orang member. Bunganya nampak biasa je tapi tetap cantik dan bernilai evergreen. Rajin berbunga kalau nak banding dengan lain-lain dendro yang ada kat rumah. Yang lain2 tu asyik keluar anak pokok baru je dari ruas batang orkid yang sudah tua. Dah puas saya potong dan alih-alihkan untuk disemai dalam pasu2 kecil.