CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

15.3.20

Beli Orkid Baru di Sg Buloh


"Kak, ada kawan hadiah kat akak ke orkid tu?", tanya seorang sahabat dalam wasap selepas saya post gambar 'orkid yang  baru beli' dekat status wasap. Sajer post, nak share rasa gumbira😂

Bila di tanya begitu.,terkelu sekejap..hahaha

Ohhh 🤔🤔

"ermm.. orkid biasa nya takde orang hadiah, kena beli sendiri.. hi hi", reply saya. Jawapan saya tu berdasarkan pengalaman.

Orkid ni awal2  saya admire  nak bela dulu (20 tahun lalu) memang la saya pun ingat dia sama dengan pokok2 bunga lain. Ingat boleh la bila kita pergi rumah kawan, kita boleh senang2 mintak dia kerat kasi kita bila berkenan yang mana2.  Tapi bila dah terjebak sendiri dalam penanaman orkid ni, baru "sendiri mau ingat" bukan mudah untuk kerat bagi 'anak orkid ' mahupun cutting pada orang lain. Nak tunggu keluar satu2 cutting baru, pun berzaman, takkan la kita mudah2 nak kerat pulak bagi orang.. hahaha
Kecuali orkid kampung yang banyak dan senang membiak, yang itu tak jadi masalah nak bagi cuttimg. Anosmum pun boleh juga nak kasi2 kawan sebab dia banyak beranak-ranak. 

Okay jom kita tengok orkid butterfly yang baru beli semalam tu. Beli tiga pasu total rm105 selepas adanya sesi tawar-menawar😁😁



Pagi tadi saya susun gitu2 je (temporari) bawah rumah orkid. Nanti bila dah tukar pasu baru lah nanti boleh di gantung.










2 comments:

Raja Suria said...

MasyaAllah
Cantiknya
Saya pun peminat orkid
♥️

nur said...

Alhamdulillah🌸🌿