CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

1.1.09

Orkid Butterfly

Alhamdulillah, hari ini tahun baru menjengah kita. Selamat jalan 2008 yang tinggal kenangan.

Semasa melintas di laluan rumah orkid tadi saya terpandang orkid butterfly putih yang kembang cantik. Kelopak keseluruhannya putih namun ditengahnya warna maroon pekat. Saya dulunya mengumpul spesis butterfly atau dalam famili phalaenopsis ini hanya dari beli yang 'baby'nya sahaja. Nak beli yang dah siap bloom rasa tak mampu dengan satu pokok yang siap berbunga berharga rm25 ke atas(sekarang saya check harganya antara rm30 - rm45). Fuhhh! Bapak mahal...hehehe

Jadi saya bersyukur sangat sebab tergerak hati dulu memulakan projek orkid butterfly ini dengan hanya membeli 'baby butterfly'. Pejam celik pejam celik, semuanya sudah matang kini dan berupaya produce bunga silih berganti.

0 comments: