CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

31.12.08

Vanda yang memiliki warna istimewa

Cutting orkid ini dulunya adalah hadiah dari seorang kawan merangkap jiran bernama Elizabeth. Orkid jenis ini keras kelopaknya. Ia tergolong dalam famili Vandaceous Hybrids. Nama saintifiknya ialah Ascocenda(sepertimana yang saya semak dalam Wikipedia). Warnanya pula amat menarik. Indah dan tak jemu dipandang. Ia jenis spesis yang suka berbunga. Bila habis je bunga, tak lama lepas tu keluar putik bunga baru.

Namun rasa saya faktor kedudukannya yang strategik turut menambah kredit kesuburannya. Saya letakkan pasunya di tingkat paling atas dalam kelompok orkid Vanda yang tahan pada kepanasan cahaya matahari. Gantungan pasu2 orkid ini sesetengahnya saya pautkan saja ke batang pokok bunga kertas yang sudah tua dan keras(yang sudah jadi semacam bumbung atas pergola kami). Sebahagiannya lagi di gantung terus pada palang2 pergola.