CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

13.6.09

Vanda merah cili bersiap siaga



Vanda ini saya tak tanam dalam pasu. Hanya melekat di batang kayu yang diambil masa berkelah dekat sungai tempohari(sejak 6 tahun lepas lekatkan di keratan dahan ciku)*terpaksa digantikan sebab dah reput dan berbubuk*


Yang nak tergelaknya, pangkal pokoknya yang saya sumbat dalam salah-satu lubang kayu tersebut pula jadi reput lalu patah. Tapi heran, still mahu berbunga hanya bersumberkan zat2 yang diperolehi dari akar2nya yang mencengkam di batang kayu dan pasu2 berhampiran....hahaha..Kadang pelik juga dengan kejadian orkid2 ni....Subhanallah!

Pokoknya simply boleh digoyang2 kesana-kemari, cuma tidak boleh dibawa lari je dek pautan kuat akar2 di kiri-kanan...hehe

Ianya terletak di pintu masuk rumah orkid. Nampak inviting rumah orkid dengan kehadirannya. Jiran-jiran saya yang lalu-lalang sure perasan akan kelibat vanda merah cili ini....;p

"Merah cili bagaikan bersiap-siaga!" *teringat kata2 seorang cikgu di sekolah menengah dulu* :))


4 comments:

Anonymous said...

cik,boleh ke bagi tip kat saya... orchid saya dah setahun tak berbunga...sekian. terima kasih...ROSE

fzi said...

Rose,
Try guna baja lain dari yang selalu rose gunakan selama ni. Mana tau bila dapat supplement baja yang berbeza zat dan vitamin, orkid kita akan disuntik semangat baru dan mau keluar bunga... :)

Kat rumah saya pun ada yang liat tak nak berbunga... ;p

Anonymous said...

Terima kasih...saya akan cuba petua itu...saya cemburu melihat bunga2 yang dipaparkan dalam blog ini...saya memang peminat bunga orkid. Terima kasih...Rose

fzi said...

Sama2 Rose... Niat dipaparkan gambar2 orkid ini hanyalah semata2 sebagai kenangan saya dan orkid buat anak2 kelak. Tiada yang kekal abadi di dunia yang sementara ini. Mungkin satu hari nnt semua orkid mama pupus... jadi ada la Seri Orkid sebagai kenangan ;p

Thx Rose.