5.5.09
Vanda Mimi Palmer
Woahhh.... alang2 dah tau nama, buat tajuk pakai nama dia je lah....hehehe
Vanda yang wanginya menusuk hidung ini berbunga lagi. Tu yang menyemarakkan lagi musim vanda di Seri Orkid. Tiang pergola yang satu itu nampak padat dengan vanda yang bersusun dari atas sampai bawah.
Jadi dengan tak semena2, semua yang ada kat rumah pun suka lah berkumpul bawah pergola sebab ada aroma pot-pouri asli yang mengundang...heheh
Vanda ini saya perhatikan pokoknya nampak sihat dan subur sekali. Daunnya malah hijau pekat dan akar2 pula tiada yang mengering. Nampaknya setakat ini masih selamat dari sebarang gangguan serangga/penyakit.... alhamdulillah syukur....
Bila melihat vanda yang berlumba2 keluar ini, saya jadi bersemangat untuk misi membaja dengan kerang. Dah lama tak beli kerang untuk orkid2 ini. So nak bagi semua dapat zat tambahan yang seimbang, InsyaAllah weekend ni akan beli kerang 2kg di pasar untuk diagih-agihkan pada orkid2 saya yang tengah blooming...(+- 3 biji untuk setiap satu pasu) ...
Jadi semua orang kenalah tahan baunya untuk beberapa hari. Kena inform juga helper rumah sebelah tentang kemungkinan mereka juga akan turut terhidu bau yang tidak menyenangkan nanti....soriii :)
salam kak,
ReplyDeletekalau letak kulitnyer aje tak boleh ke kak?
sayang pulak rasanyer...
Wsalam...
ReplyDelete...hehehe
Kalau boleh letak kulitnya je yus, baik akak kutip je kulit2 kerang kat pantai time gi PD ke, Pangkor ke.... hehe... Takpe yus kerang tu RM2.00 je sekilo. So abih le 4 inggit sekali akak membaja kerang. Lagipun bihkurang 2 bulan sekali je... :)
Kak, saya memang pernah dengar baja kerang ni....memang menjadi yee....nampaknya kena try pastu letak pokok kat belakang rumah, supaya tak berbau sgt.
ReplyDeleteAritu letak baja taik kambing pun mcm dah berbunyik hubby saya tu.
hehe... Shida, bagi akak baja ni memang menjadi! Eksperimen nyer dah banyak kali. Proven!
ReplyDeleteTapi akak rase baik pk dua tiga kali dulu.. shida, sebelum decide nak taruk baja kerang ni... kalau tak biasa takut menyesal...hehe... sbb baunya memang kuat. Kalau organik kambing pun hsbd shida tak berapa nak suka, baja kerang ni rasanya lagi dan lagi le...hehe