Jam 9.00 pagi tadi baru teringat Shilah kena pergi awal ke sekolah. Kerja folio belum
binding lagi. Jadi terus bergegas keluarkan ayam dari
freezer. Keluarkan kobis dan sawi bunga. Kupas bawang dan rendam cili kering. Kemudian siap2 rebus macoroni untuk digoreng sejam selepas itu.
Sementara menantikan
time untuk goreng macoroni tadi, saya duduk2 di atas buaian di luar pintu dapur. "
Wahhh... dah kembang penuh dah....", bisik saya sendirian bila melihat cattleya yang berwarna ceria itu dah kembang mekar sepenuhnya. Semalam nampak baru kembang separuh.
Hiiiii.... seronoknya! Sesungguhnya keceriaan orkid di laman pagi ini membuatkan
mood saya rasa
tip-top dan semangat pun jadi makin berkobar-kobar....
perghhh!!
wah seronok kan kak, kalo penat lelah kita akhirnya berhasil hehehe, saya pun tumpang seronok tengok.
ReplyDeletemmm... memang seronok.. tiap kali pandang orkid yang tengah bloom, hati turut bloom....hehe
ReplyDeleteThx cikgu...
Cattleya yang kuning lip merah ni...merupakan cattleya yang evergreen...crossing cattleya ini (hybrid) sejak zaman 70-an lagi. Namanya BLC Almakee.
ReplyDeleteSekadar berkongsi pengetahuan.
reality/fantasy...
ReplyDeleteOoo okid evergreen rupanya... patut la kaler teramat ceria...hehe
TQ saudara tolong kasi nama... pasni boley akak panggil Almakee je catt tu.. :)