CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

25.5.09

Borak-borak pasal orkid

"...mendung lah kak tee... nyiram jugak?", tiba-tiba satu suara menyapa waktu saya sedang menyiram semalam.

Hampir terlepas getah paip yang sedang dipegang. Ohhh rupanya Yanti yang menegur....hehe... Saya waktu itu duk fokus menyiram sorang2 di laman dalam suasana hening pulak tu, jadi terkejut jugak le dengan sapaan yang tak dijangka...hehe

"Itu la yanti, akak duk fikir2 tadi nak siram ke tak, tapi walau pun nampak mendung tak tau jadi ke tidak hujan ni...hehe", jawab saya pada teguran yanti tadi.

"Waahh kak tee, bunga yang ini selalu keluar ya! Yanti tengok tak pernah tak ada", yanti tiba2 mengubah subjek.

"Ohh yang itu... memang le kak tee pun kesian tengok tak berenti dia keluar bunga, takde break langsung...hehe", balas saya lagi.

Begitu lah selalunya, time menyiram saya selalu berselisih dengan time yanti bizi dengan kerja2 nya di luar rumah jiran sebelah. Jadi boleh kata saya lebih banyak berbual dengan pembantu rumah jiran saya berbanding tuan rumah. Biasalah, mereka suami isteri bekerja jadi nampak free kat rumah time weekend je.

Ini le orkid yang ditegur oleh yanti itu. Memang tak berhenti keluar bunga, kadang keluar 2 tangkai sekali gus berselang-seli dengan setangkai pula pada kali ini. Warna orkid memang cantik dan istimewa bagi saya.

Begitu juga dengan mokara yang ini, juga asyik berbunga sejak awal tahun. Baru je habis bunganya tempohari dah keluar bunga baru yang tak kurang panjang tangkai bunganya, sama dengan yang baru berlalu. Kadang kesian pulak dekat orkid2 ni yang nampaknya tak penat2 produce tanpa henti... tengah subur la tu.... :))

8 comments:

Anonymous said...

lawa okid ni..

fzi said...

terimakasih...

Mizahanan said...

salam k.fzi.

selalu akak beli orkid kt mana? :)

fzi said...

Wsalam miza...

Akak dulu2 lah(sekarang takde beli lagi), beli okid kat tokey cina nurseri tg malim tu, miza maybe kenal kalau pernah ke psr malam tg malim. Tapi kalu nak cari okid akak janji pegi umah dia terus...hehe.. Selain tu dekat vani le siapa lagi...hehe

Selebihnya just beli kat Sg Buloh, pameran okid Shah Alam dan Taman okid Lake Garden... tu je tempat2 faveret :)

ShalbySalbina said...

Vanda dengan Mokara apa bezanya. Saya susah nak ingat nama-nama orkid ni...

fzi said...

Cikgu Salbina,
Saya hari tu pun tak tau nak bezakan yang mana vanda, yang mana mokara. Nak cakap kriteria yang membezakan antara kedua-duanya, saya tak lah berapa arif. Tapi ini lah dia contoh Mokara yang diperjelaskan kepada saya...Tkasih cikgu singgah sini...

Anonymous said...

salam,

sbnrnya saya br 'jatuh hati' dgn orkid. tu yg skrg ni dok menggila mencari nurseri orkid.huhu

kak, lg.1 sy nk tanya nurseri orkid kt sg.buloh tu ktne sbnrnya.huhu

lst week sy g dgn husband tp xjumpa pon yg mcm kt blog tulis.. orkid murah n cantik..:-(
yg sy jumpa sume mahal2.

kalu bole bg nama nurseri n direction nk ke sana skali.hehe

erm..kalu bole tolong email kt sy.really need assistance bout this.

chuda_nor@yahoo.com

thx a lot

fzi said...

Wsalam...

Chuda, nurseri yang akak selalu pegi tu masuk jalan Hospital Sg. Buloh... terus je akan melalui lot lot nurseri sepanjang jalan... sampai ke satu simpang depan nurseri yang jual bunga ketas je sume belok kiri. kalu pegi terus tadi akan jumpa Uitm. jadi kita belok kiri(tak pegi straight) sampai le jumpa nurseri yang jual okid je sume. Tokeh dia *maaf cakap* suka tak berbaju.. selalu tu kalu bukan tokeh tu yang tunggu kedai, nyonya dia.. nak explain lagi detail akak pun tak berapa reti *memang tak lulus kalu nak jadi tour guide..hehe*

Tapi chuda... akceli banyak nurseri.... terai le survey... kalu nasib baik dapat good bargain.. selamat bertanam okid!