CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

18.5.09

Aksesori di pokok kelapa

Masa ke hulur ke hilir melakukan kerja2 trimming pokok kat laman tempohari, saya terperasan macam ada yang tak kena je kat batang pokok kelapa gading di luar pagar. Nampak macam kosong je, dah le pokoknya yang sedang belajar berbuah tu asyik tak mahu jadi je buahnya. Banyak kali keluar putik2 buah tapi akhirnya gugur semua. Satu pun tak nak menjadi.

"Ting!" 
 Ok lah! Dapat satu idea. Apa kata letak aksesori sikit kat batang pokok yang nampak kosong tu....

Ini le dia... orkid liar ditampal buat penyeri.... nampak cantik pula... InsyaAllah tentu lagi tambah cantik menarik bila dah keluar bunga nanti... :)

2 comments:

Shida said...

Itu Dendro crumentum atau nama kampungnya orkid merpati. Berbunga putih dan harum semerbak.

Kalau saya ada pokok kelapa mcm tu, memang nak tepek jugak...malangnya belum ada pokok.

fzi said...

Ohhh thx shida bagi nama. Susahnya nak sebut nama saintifik tu, akak panggil okid merpati je lah lepas ni...hehe

...takpe sooner or later ada le pokok kelapa tu.. masalahnya dah tanam belum? Kalau belum elok tanam...:)