CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

9.1.09

Sembang-sembang pasal orkid

Setiapkali menyusuri jalan Sg.Choh - Rawang, mata saya sering terpaku melihat satu gerai di tepi jalan yang menjual berbagai spesis orkid. Cantiknya...nanti lah bila2, nak singgah tengok. Mana tau ada yang berkenan di hati. Kalau kena dengan harganya boleh lah beli mana2 yang rare atau jarang ditemui. Sudah lama sebenarnya saya tidak membeli orkid. Semangat membelinya dah kurang sebab tumpuan saya sekarang hanya menjaga dan merawat mana-mana orkid yang dah ada saja. Itu pun ada yang mati disebabkan macam-macam sebab termasuklah ancaman dari serangga perosak, kulat dan juga siput. Kadang terlebih air pun ya juga. Yang lebih parah lagi sebab terlebih baja...hehehe...

Weekend ni dah plan dengan suami nak buat macam2 benda di luar sana. Suami saya nak mesin rumput, meracun rumpai dan membaja pokok2 buahnya. Manakala saya pula nak rawat kaktus dan orkid, yang ada di antaranya sudah hilang seri dan tidak bermaya. Sesetengah darinya kena overhaul balik, tukar arang dan batu-bata yang baru. Dalam proses membaik-pulih ini kena berhati-hati dengan kehadiran kutu2 tanah dan juga lipan yang banyak menyorok dalam akar2 orkid.

Kerja2 itu sebenarnya saya nak sambung buat yang dari minggu lepas lagi. Hari tu sempat trim semua orkid2 kampung yang saya tanam di tepi pagar antara rumah saya dengan rumah Pak Nor(jiran sebelah kiri). Tempat itu memang strategik untuk orkid kampung yang memang serasi dengan panas terik matahari. Orkid kampung ini salasilahnya, Pak Ngah yang tinggal berdekatan dengan sekolah agama Kerling yang bagi. Ingat lagi waktu itu saya mula jadi risau bila tengok Pak Ngah dan Mak Ngah tak boleh brek potong cutting orkid untuk saya. Terkedu dibuatnya bila melihat timbunan orkid yang siap untuk diisi ke dalam bonet kereta...hehehe.

Terimakasih wahai Pak Ngah suami isteri... budimu dikenang
. Tips dari Pak Ngah, orkid2 ini hanya cukup dibajai dengan air basuhan ikan (yang diperam selama beberapa hari) dan juga air basuhan beras sahaja. Tak perlu di simbah dengan baja kimia atau lain2 baja yang kita khususkan untuk membaja orkid dari famili hybrid.

0 comments: