Baru2 ini singgah ke Taman Orkid Lake Garden yang jadi tempat faveret kitaorang cuci-cuci mata tuh. Takde beli apa pun, betul2 ambik nama singgah je, ronda-ronda jap, snap gambar pastu terus gerak ke tempat tujuan asal kami...
Cantik sungguh lanskap Taman Orkid ni. Memang satu tempat yang sesuai untuk kita cari2 idea camne nak deco pokok2 okid kat rumah. Anak2 suka okid yang lekat banyak2 kat batang pokok, bloom dalam pelbagai warna, nampak ceria gitu... :)
Ada satu insiden yang berlaku kat sana hari tu. Kakak secara tak sengaja terpatahkan satu okid spesis yang mahal. Okid tu ada sekuntum je keluar dari pokoknya yang nampak tak berapa nak ada daun tuh. Tapi tau mahal sebab dia duk satu gang dengan anosmum yang rata2 RM30 - RM50 ke atas. Jadi apalagi, tuan dia pun.... "Ohhh considered sold....considered sold....."
Saya yang sedang leka melihat2 okid terus berpusing ke arah kakak apabila menyedari keadaan itu. "Kakak... cuba jangan pegang okid2 tu.... kan dah patah..."
"Ishk kakak pegang je, tak kuat pun... tiba2 je dia nak tercabut...hiiiii soriii....", kata kakak sambil tersengih2.
Saya terus meminta maaf pada tuan kedai... try le berbasa basi jelaskan yang anak saya tu tak sengaja cabutkan okid yang rega bukan murah tu. Nampak berubah la sikit wajah tuan kedai, tapi nak buat camne benda dah patah. Dan patahnya pulak kebetulan time kakak pegang. Takkan saya nak beli sebab memang takde plan pun nak beli. Lagipun hati tak berapa berkenan dekat okid yang saiz extra kecik canggitu. "Mintak maaf ya...", saya ulang memohon maaf, harap2 beliau redho lah dengan apa yang berlaku.
Selepas kejadian, terdengar kakak dan shilah merungut2 masa berjalan di belakang saya.... "Ek elehh... patah satu pun nak berkira..."
"Ermm...memang patut pun dia berkira... nak tunggu yang satu tu kluar bunga, sikit punya lamer ambik masa.....", jawab saya tanpa berpaling.
OMG byknya orkid..Cantik2..sue suka...
ReplyDeleteKenapalah orkid kat rumah ni tak mo berbunga ya..geram tgk bunga2 orkid kat sini
Lesson Learn: Next time, be extra careful when around orchid ye Kak.
ReplyDeleteJangan samakan okid dengan bunga2 lain. Ada setengah species okid tu harga nya boleh meningkat 3x ganda atu lebih. Contoh okid harga RM60 tapi bila dah tak ada bunga mungkin jatuh harga jadi RM20 je. Salah satu sebabnya ialah kerana pokok okid ni payah benau nak bebunga. Mungkin tunguu dua tahun baru keluar bunga sekali. Sebab tu mahal. Hanya penggemar okid je yg memahaminya.
sue...
ReplyDeletetakpe...continue boh baja sue, lama2 kluar la sume InsyaAllah... :)
Betul sangat tu pa... siapa lah pokok okid kalu tanpa bunga. Memang nilainya terletak pada bunga... kalu kluar bunga, rega dah jadi lain...
ReplyDelete