Orkid2 vanda yang saya letakkan 4,5 pokok sekali dalam beberapa pasu besar dah jadi makin semak bila ada antaranya mengeluarkan tunas2 pokok baru. Jadi satu hari tu overhaul balik, yang mana dari jenis yang sama saya kumpulkan ia dalam pasu yang lebih kecil berasingan.
Contoh macam yang ini dah beranak sampai 4 pokok, jadi saya pun potong anak2 pokok yang dah panjang tu dan semaikan balik dalam satu pasu bagi memuatkan ke empat-empatnya sekali. Pasu ini tak dapat le di gantung sebab tersangat le berat sebab saiz pasunya sederhana besar dan medium yang dimuatkan didalamnya pula banyak batu-bata melebihi arang. Jadi hanya letakkan pasunya di atas tiles sahaja.
Yang lain2nya saya gantungkan di palang2 mengelilingi tiang pergola. Sekali pandang semak la pulak nampak. Risau jugak takut papa diaorang complaint..."orkid2 tu nanti buat ganggu lalu lintas je." Sebab ia merupakan tiang yang paling terkehadapan. Tempat semua orang lalu-lalang. Tapi apa nak buat, dah kat situ je panas sepanjang hari yang pastinya sesuai buat orkid2 vanda dan mokara saya tu. Try n test tengok dulu, kalau papa bising, kena la cuba2 intai letak tempat lain... hehe...
Harap-harap rajin lah orkid2 ini berbunga bila dah duduk di tempat baru ini... all the best!
No comments:
Post a Comment