29.3.09

Cattleya berwarna ceria menguntum senyum



Orkid cattleya yang berwarna terang dan berimej ceria ini berbunga lagi. Kali ini keluar 2 kuntum dari satu kelopak daun. Makin hari makin besar bunganya dan makin kuat pula baunya. Sampailah satu ketika sekuntum darinya gugur duluan meninggalkan yang satu lagi yang masih mampu tersenyum di bawah pergola.

Menyingkap sejarah cattleya ini, saya ada sedikit maklumat yang dibaca melalui buku yang dipinjam dari library tempohari. Menurut sejarah perkembangannya, proses pembiakbakaan(hybrid) yang pertama dilakukan pada tahun 1850 oleh seorang pengumpul orkid yang berasal dari Britain. Namanya James Dominy, seorang pengusaha pusat semaian bunga yang menyilangkan baka2 dari spesies Cattleya.

Proses ini telah menghasilkan hibrid baru yang lebih indah dengan warna dan bentuk bunga yang lebih menarik. Proses tersebut memakan masa yang lama iaitu selama empat tahun. Kejayaan beliau telah meniup semangat dan mendorong ramai pembiak atau pengumpul orkid untuk bersaing menjalankan usaha tersebut. Sampailah sekarang, terdapat beratus2 ribu orkid hibrid yang telah dihasilkan dan dikomersialkan dengan begitu meluas.

4 comments:

  1. lihatlah hasilnyer...
    rajin akak kumpul maklumat..
    memang cantik dan berseri gitu..

    ReplyDelete
  2. hehe...yus, info tu maybe useful buat orang yang minat okid jenis cattleya... yalah at-least dapat info pasal sejarah cantum2 baka okid tu.. thx k yus

    ReplyDelete
  3. bunga-bungaan akak buat saya teruja nak berkebun... nice blog saya link yer

    ReplyDelete
  4. Oohh tima kasih Yan...

    Boleh je link kan, appreciated!
    Happy gardening k :)

    ReplyDelete