22.2.09
Vanda merah hati berbunga lagi
Saya perhatikan orkid vanda ini tergolong dalam jenis yang mudah ditanam dan tak banyak onarnya. Bahkan spesis yang seumpamanya ada yang saya tanam, cukup hanya dengan melekatkannya pada batang pohon yang besar. Contohnya di rumah kami, banyak yang terlekat di batang pokok bunga kertas yang dah berukur-lilit 12 cm. Ada juga yang hanya dilekatkan pada batang kayu yang diambil dari dalam sungai(yang dah lama terendam dalam air). Maknanya dari pengalaman sendiri, ianya boleh ditanam dengan medium atau tanpa medium. Jika hanya ditanam dengan cara ini, baja untuknya hanyalah bersumber dari baja2 kimia/organik yang di spray/disimbah. Pertumbuhan akarnya sihat dan tersangatlah cepat. Sifatnya dapat berbunga terus menerus sepanjang tahun malah lebih giat berbunga dalam waktu2 yang kering(bukan di musim hujan). Masa mekarnya pula agak lama iaitu dalam jangkamasa 1 bulan.
Vanda memang senang dan tak cerewet ditanam, rajin berbunga.
ReplyDeleteTu yang buat akak suka dekat vanda...hehe
ReplyDeleteThanks shida.
banyak gak kumtumannyer...
ReplyDeleteorkid yus dah kembang dah..
tapi 3 kuntum jer...
(lum update lagi)
bila check balik...
orkid tu orkid biasa jer...
rasanyer baru 2 kali berbunga..
sejak 3 tahun lalu...
betullah orang kata...
menanam pokok ni perlu ada soul jugak..
barulah mengeluarkan hasil...
dapat kat yus...
usah berbunga...
berdaun pun payah...
hee...hee..hee..
Orait le tu yus, 3 kuntum pun jadilah... hehe..akak punya pun ada yang keluar sekuntum dua je.. ok le tu.. cepat2 wat entri k, nak tengok!
ReplyDeleteThanx yus..
kak, jom gi blog yus...
ReplyDeletedah update dah...
(beriya-iya nie)
oraittt...jom!
ReplyDeletesalam k.fzi.. rumah akak kt mane? nak melawat buleh? saya kt antara gapi.. hehe
ReplyDeleteWsalam.
ReplyDeleteInsyaAllah nnt bila dah kenal boleh la ziarah...
Thanks miza..