14.2.09

Seni dalam bertanam orkid


Kebanyakan orkid butterfly dalam famili phalaenopsis ini, saya tanam dengan cara menekapkannya di keratan kayu sahaja. Bila dah dibalut dengan sabut kelapa yang didalamnya diletakkan sedikit serpihan arang dan batu-bata yang kecil, terus saya ikatkan kemas di keratan kayu tadi. Untuk menguatkan lagi kedudukan pokok di samping mencantikkan lagi penampilannya, saya lekatkan pula jaring hitam plastik di luar sabut kelapa. Seterusnya, dawai yang paling tebal(yang ada dalam tool-box) dililit mengelilingi tiang-tiang batu rumah orkid untuk disangkutkan orkid2 tersebut.

Kayu2 yang digunakan termasuklah dari lebihan keratan kayu2 cengal yang ada, kayu dari pohon ciku yang memang terkenal kuat strukturnya dan juga kayu2 yang diambil semasa kami berkelah di mana2 sungai/air terjun.

Seronok bila tengok kesuburan pokok orkid yang melekat di kayu2 tersebut lebih-lebih lagi bila time berbunga. Nampak unik dan ada nilai-nilai seni...

2 comments:

  1. Hi..selamat berkenalan....seronok saya dpt tahu lagi satu blog peminat orkid...kalau sudi singgahlah kat blog saya yeee...

    ReplyDelete
  2. Haluu..
    Shida, thanx masuk blog akak.

    Memang makin banyak blog penggemar orkid tumbuh...macam cendawan..hehe
    apakata kita buat group nak? biar 'orkid la'/'alang bidara'/'minat orkid' jadi adviser...hehe

    ReplyDelete