3.1.09
Waspada dengan serangan serangga perosak/kulat
Ini merupakan spesis orkid butterly putih yang anggun dengan nama saintifiknya Phalaenopsis amabilis. Saiz bunganya lebih besar sedikit dari lain-lain orkid butterfly yang ada. Ia malah sering berbunga menampilkan warna putih bersih yang sejuk mata memandang. Ada di antara jiran2 yang menegur orkid butterfly kami yang sentiasa bloom ini. Ada juga yang mengusik, "Ni bunga betul ke, bunga palsu?"Macam tak percaya je...hehehe....
Menjaga dan merawat orkid ini kekadang terasa juga payahnya. Lebih-lebih lagi bagi "baby butterfly", jika tidak diperhatikan secara berkala daunnya mudah terkena serangan serangga perosak. Kadangkala, penyakit orkid boleh juga disebabkan oleh serangan kulat. Daun yang terkena jangkitan mulanya akan ditumbuhi bintik-bintik hitam. Lama-kelamaan ia akan lembik seterusnya membusuk lalu yang tinggal nanti hanya tunggul akarnya sahaja. Selalunya saya tidak terus membuang akar yang tinggal itu kerana jika dibiarkan beberapa lama, InsyaAllah akan keluar balik daun baru dari akar tersebut.
No comments:
Post a Comment