Weekend ni dah plan dengan suami nak buat macam2 benda di luar sana. Suami saya nak mesin rumput, meracun rumpai dan membaja pokok2 buahnya. Manakala saya pula nak rawat kaktus dan orkid, yang ada di antaranya sudah hilang seri dan tidak bermaya. Sesetengah darinya kena overhaul balik, tukar arang dan batu-bata yang baru. Dalam proses membaik-pulih ini kena berhati-hati dengan kehadiran kutu2 tanah dan juga lipan yang banyak menyorok dalam akar2 orkid.
Kerja2 itu sebenarnya saya nak sambung buat yang dari minggu lepas lagi. Hari tu sempat trim semua orkid2 kampung yang saya tanam di tepi pagar antara rumah saya dengan rumah Pak Nor(jiran sebelah kiri). Tempat itu memang strategik untuk orkid kampung yang memang serasi dengan panas terik matahari. Orkid kampung ini salasilahnya, Pak Ngah yang tinggal berdekatan dengan sekolah agama Kerling yang bagi. Ingat lagi waktu itu saya mula jadi risau bila tengok Pak Ngah dan Mak Ngah tak boleh brek potong cutting orkid untuk saya. Terkedu dibuatnya bila melihat timbunan orkid yang siap untuk diisi ke dalam bonet kereta...hehehe.
Terimakasih wahai Pak Ngah suami isteri... budimu dikenang. Tips dari Pak Ngah, orkid2 ini hanya cukup dibajai dengan air basuhan ikan (yang diperam selama beberapa hari) dan juga air basuhan beras sahaja. Tak perlu di simbah dengan baja kimia atau lain2 baja yang kita khususkan untuk membaja orkid dari famili hybrid.

.jpg)
.jpg)
No comments:
Post a Comment