20.1.09
Orkid butterfly putih yang berbeza wajah.
Semasa membeli baby butterfly dulu, ada di antaranya terbeli pokok yang warna bunganya seakan-akan sama. Biasalah bila duk pilih2 tu, terambil pasu dalam kumpulan yang sama walaupun ada tanda nombor orkid yang bertulis dakwat hitam di pasu. Tapi bila dah keluar bunga, boleh nampak yang bentuk dan warna kebanyakannya tidak sama 100%. Semua ada kelebihan tersendiri.
Sama seperti orkid butterfly putih yang kuning di tengah ini, ianya berbeza dengan yang di paparkan dalam entri 'Waspada terhadap serangan serangga perosak/kulat' sebelum ini. Warna kuning di tengahnya lebih pekat malah bentuk bunga pun berlainan. Manakala saiz bunganya pula lebih kecil berbanding saiz bunga dari pokok yang satu lagi itu. Dari pemerhatian, duduk-letaknya satu-satu orkid juga memainkan peranan dalam kejadian terang/pekatnya warna orkid tersebut.
Jom buat eksperimen, kita cuba alih-alihkan orkid dari masa ke semasa untuk melihat perbezaan warna yang lebih menarik.
assalamualaikum, wah entry tahun nie penuh ngan bunga-bungaan. rajin akak bela pokok nie....yus pun tengah rancang nak wak taman orkid. baru-baru nie dapat idea dari majalah seni hias. mana yang sedia ada tu yus nak masukkan dalam satu pasu besar...mana tau nanti berbunga banyak sama cam dlm majalah tu.
ReplyDeleteWsalam...
ReplyDeleteEntry masuk hari2 tu sementara stok masih ada hehehe...
Waa bagus le tu plan yus nak wat taman orkid. Nnt siap projeknya buat posting k...boleh tumpang tengok. Akak bab2 seni laman ni semangat bebenor...hehehe
angan2 je dulu..
ReplyDeletelambat lagi nak buatnye.
mungkin setahun dua lagi.
akak ade beli buku2 tentang orkid ke?
yus tengok orkid akak semua menjadi.
yus geram ler tengok pokok2 yang yus tanam tu semua kurus2. abang kata baja pokok tu semua dapat kat yus. sebab tu tukang tanam nie sihat walafiat
Hahaha..lawak juga husband yus ya!
ReplyDeleteAkak takde la beli buku tapi kadang pinjam kat library je. Akak suka pegi library, sekali pinjam buku 15 biji. Baca dgn tidak je, kdg tu 2, 3 kali kena call library to renew date....hehehe
Sebenarnya ada juga orkid tu yang tak menjadi yus..tak tentu.. kadang kalau kita terlebih baja pun orkidnya boleh KO..hehe