11.1.09
Cattleya biru kundang yang memikat
Ada satu spesis cattleya yang pokoknya rajin mengeluarkan buds(putik bunga) yang baru. Setiapkali berbunga ia mampu menerbitkan 2 atau 3 tangkai bunga yang berwarna light purple(biru kundang lembut). Keserian warnanya ini sering menambat hati teman-teman yang datang berkunjung. Ia sedikit berbeza dari lain-lain cattleya kerana keupayaannya mengeluarkan haruman yang wangi dan menyegarkan. Aromanya lebih kuat di waktu pagi hingga tengahari.
Bermula dari satu cutting saja yang saya beli di Taman Orkid Lake Garden 10 tahun lalu, alhamdulillah sekarang dah membiak jadi beberapa pasu. Ada yang saya tempatkan di bawah rumah orkid, ada juga di bawah naungan pergola dan tidak ketinggalan di sudut orkid di laman dapur. Orkid-orkid yang berdekatan pintu dapur ini sengaja saya tempatkan sebagai alternatif untuk saya memandang keserian orkid takkala sedang memasak di dapur. Bila melihat cantiknya orkid, mood memasak pun semakin menjadi-jadi..hehehe
No comments:
Post a Comment