Orkid yang tahan panas
Tahan panas merupakan kelebihan terutamanya bagi pokok-pokok orkid spesis vanda. Memang tahan lasak dan tidak memerlukan sebarang lindungan. Ada di antara kawan2 saya yang menanam spesis ini dengan menggunakan medium tanah. Jika ditanam ke dalam tanah, tiang-tiang kayu mesti dicacak sebagai sandaran untuk tegakkan pokok-pokok orkid. Saya pernah mencuba kaedah ini semasa tinggal di rumah lama dulu. Ok juga tapi rasanya lebih selamat untuk saya terus gunakan arang, sabut dan batu-bata. Jika gunakan medium tanah, risiko untuk akarnya cepat busuk adalah tinggi jika tanah jadi terlalu lembap lebih-lebih lagi bila tiba musim hujan.
No comments:
Post a Comment