Dah dapat orkid
Kerja-kerja mencari bermula. Menantu Nyonya(terlupa namanya) sering menemani saya untuk melawat nurseri di sekitar Greenwood dan Gombak. Kami selalunya pusing-pusing waktu pagi selepas settle hal anak2. Anak yang sulung dah ke sekolah, yang ke 2 dah selamat ke tadika manakala hanya tinggal yang kecil dalam pangkuan saya. Ke hulu ke hilir lah kami menjenguk mana-mana nurseri berhampiran.Lama kelamaan rumah sewa dah naik berseri dengan bunga-bungaan yang dibeli ready made bloom....hehehe..Orkid ada la lima enam pasu je sebagai permulaan. Spesis pun tak tau nak sebut, pakai beli je.
No comments:
Post a Comment