Yang ini juga dibeli dari orang asli. Orkidnya berwarna putih ditambah ada warna kuning di tengah-tengah kelopak. Saiz bunga teramatlah kecil, tapi untungnya ia kerap berbunga malah berjaya menyenangkan hati saya dengan kewangian aromanya.
Manakala yang ini pula saya dapatkan semasa berkunjung ke nursery Vani di Kuala Kubu Bharu. Juga harum bak kasturi. Nama saintifiknya ialah Aerides odorata. Sebab nak sebut pun susah, jadi saya panggil okid utan vani je...hehehe...Ia pernah beberapa kali berbunga menerbitkan orkid dari tangkai yang panjangnya kurang dari 1'. Jumlah bunga dari tangkai tersebut biasanya dalam 15 - 20 kuntum. Tampil cantik dengan kelembutan warna merah jambu.(bila keluar bunganya nanti InsyaAllah akan saya paparkan).
Merujuk kpd. Gambar
ReplyDelete1. Bulbophyllum vaginatum
2. Dendrobium sp.
(Boleh dptkan gambar bunga dgn
jelas tak?)
3. Vanda sp.
Ohh TQ 'Orkid la'.
ReplyDeletePasal gambar bunga no.2 nak lebih jelas, rasanya tak dapat sebab saya just guna camera fon ambik gambar2 orkid tu. Kalau guna camera digital tentu boleh close-up dan nampak lebih jelas even bunganya tersangatlah kecil..
Wah cantik orkid
DeleteSemua comel kan
ReplyDeleteTerigin nk dpat orkid comel cam tu
ReplyDelete